Faq

FAQ/ Soalan Lazim

Jika anda mempunyai soalan mengenai dasar kedai online kami atau bagaimana untuk membeli belah produk dalam talian, sila rujuk senarai Soalan Lazim di bawah, atau boleh menghubungi khidmat Pelanggan kami menggunakan salah satu daripada kaedah yang disenaraikan di bawah.

Khidmat Pelanggan di hujung jari anda.

Telefon: Wakil perkhidmatan pelanggan disediakan Isnin hingga Jumaat 10:00 a.m – 16:00 pm. Untuk memesan produk juga boleh menelefon /whatsapp di talian 010 400-3286.

E-mail: Hantar pertanyaan anda kepada kami di sales@mamadilshop.my. Semua soalan akan cuba ditangani dalam tempoh 24 jam dari tarikh penerimaan.

Kami amat menghargai para pelanggan dan berharap untuk memberi khidmat yang terbaik untuk anda!

Bagaimana untuk membuat pesanan produk?

Sebaik sahaja anda telah selesai menambah Produk ke dalam troli membeli-belah anda dan bersedia untuk melengkapkan transaksi anda, gerakkan kursor anda ke sudut kanan atas skrin dan klik pada butang “Checkout”. Anda akan dibawa ke web kami yang selamat dan diminta untuk sama ada membuat akaun baru atau menyambung dengn google akaun atau akaun facebook anda.

Anda akan menerima invoice html dan PDF melalui email secara automatic dari Mamadilshop dalam masa 1-2 minit selepas anda Place order. Sila periksa inbox atau spam box. Invoice mempunyai detail cara bayaran dan total harga yang dibeli, anda juga boleh memuat turun PDF invoice di link My Account.

Bolehkah saya order melalui Facebook, mesej telefon atau tulis melalui email?

Boleh , untuk memesan melalui facebook boleh memesan melalui mesej di
Mamadil Slim & Beauty Stokis Negeri Page . Melalui SMS/Whatsapp di nombor 010 400 3286 dan melalui email di sales@mamadilshop.my.

Bolehkah saya membeli barang secara CASH ON DELIVERY (COD)?

Tidak, kami hanya beroperasi melalui kedai online, jadi semua urusan penghantaran hanya melalui pos sahaja. anda boleh datang di kedai kami yang beralamat di No 17 Jalan TKK 2/2 Taman Puncak Kinrara, 47100, Puchong Selangor.

Bolehkah saya melakukan online transfer dari bank lain selain Maybank dan CIMB?

Boleh, tetapi bukti bayaran yang lengkap beserta online receipt atau printscreen perlu disertakan semasa email/whatsapp kepada Mamadilshop. Sila Email bukti pembayaran ke sales@mamadilshop.my atau melalui aplikasi whatsapp ke 010 400 3286.

Saya sudah memasukkan email sales@mamadilshop.my semasa membuat online transfer, perlukah saya email lagi kepada Mamamdilshop untuk memaklumkan bayaran telah dibuat?

Ya, walaupun email dari bank diterima anda masih perlu emailkan kepada Mamadilshop beserta bukti bayaran kerana nama order dan nama dari bank berkemungkinan tidak sama dan menyukarkan Mamadilshop untuk merekod siapa yang membuat bayaran.

Apakah yang saya perlu lakukan selepas membuat bayaran?

Reply semula email invoice yang diterima sebelum ini. Attachkan bersama-sama bukti bayaran seperti resit, printscreen atau dokumen transaksi.

Bilakah saya akan mendapat respon dari admin selepas email bukti bayaran telah dihantar?

Semua email akan dibalas dalam masa 48 jam waktu bekerja. Sila ambil perhatian, pihak Mamadilshop tidak akan membalas email anda serta merta. Untuk membalas email satu per satu perlu mengambil masa dan mengikut masa bekerja. Dalam keadaan tertentu seperti email yang terlalu banyak, kemungkinan masa untuk membalas email akan melebihi 48 jam.

Saya telah emailkan bukti bayaran kepada admin tapi masih tidak mendapat maklum balas setelah lebih 48 jam. Apa yang perlu saya lakukan?

Periksa email inbox anda dan juga di bahagian SPAM BOX. Berkemungkinan email akan masuk ke dalam SPAM BOX. Urusan reply email tidak dilakukan pada hari Sabtu dan Ahad kerana hari cuti.

Bagaimana saya akan mendapat status barang yang telah dihantar?

Mamadilshop akan mengemaskini tracking number selepas pembeli membuat bayaran melalui emel pembeli yang telah didaftarkan. Pembeli boleh click Track Your Parcel untuk memastikan bungkusan benar-benar telah dihantar.